PENGENALAN KEPADA BEBAN PENCEMAR
Pencemaran air terbahagi kepada dua iaitu punca tetap dan punca tidak tetap. Pencemaran daripada punca tetap berlaku akibat pelepasan effluen yang dilepaskan ke alur air atau sungai melalui limpahan atau paip. Punca tidak tetap pula berpunca daripada air larian hujan (surface run off) yang membawa pencemar ke sungai atau ke laut.
FORMULA BEBAN PENCEMARAN
Beban= kepekatan x kadar alir
Beban (kg/hari) = kepekatan (mg/L) x kadar alir (m3/s) x 86.4
Contoh
Kepekatan NH3-N yang dilepaskan dari Loji Kumbahan (STP) adalah 15mg/L dengan kadar alir sebanyak 0.1m3/s
Beban NH3-N yang dilepaskan oleh STP ke dalam sungai adalah sebanyak:
15 mg/L x 0.1 m3/s x 86.4 = 129.6 kg/hari
Kira beban pencemaran NH3-N di Sg. A yang menerima beban dari STP. Kepekatan NH3-N sedia ada di sungai tersebut adalah 0.2mg/L (Kelas II, National Water Quality Standards for Malaysia (NWQS)) dengan kadar alir 2 m3/s.
Beban NH3-N sedia ada di Sg. A adalah:
0.2 mg/L x 2 m3/s x 86.4 = 34.6 kg/hari
Maka kepekatan NH3-N di Sg. A sekiranya effluent dilepaskan dari STP adalah:
(129.6 + 34.6) kg/hari ÷ [(0.1 + 2.0) m3/s x 86.4]
= 0.9mg/L (Kelas III, NWQS)
Untuk memastikan kepekatan NH3-N sebanyak 0.3 mg/L (Kelas II, NWQS) di sungai A, apakah kepekatan NH3-N yang dibenarkan dilepaskan oleh STP?
0.3 mg/L x 2 m3/s x 86.4 = 51.84 kg/hari
(51.84- 34.6) kg/hari = 17.24 kg/hari
Sekiranya 20% margin of safety digunakan:
20% x 17.24 kg/hari = 13.8 kg/hari
13.8 kg/hari ÷ (0.1 m3/s x 86.4) = 1.6mg/L