Fungsi Penguatkuasaan
- Memperkasakan perundangan melalui semakan atau pindaan perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
- Merangka strategi dan hala tuju tindakan penguatkuasaan ke atas premis dan kenderaan bermotor yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
- Menerima, menyelaras dan mengawalselia kes-kes aduan pencemaran alam sekitar untuk tindakan JAS Negeri atau agensi-agensi yang berkaitan.
- Mengawalselia dan menguruskan keperluan berkaitan logistik penguatkuasaan.
- Mempromosi dan meningkatkan amalan pengeluaran bersih di kalangan industri.
- Menjalankan audit permatuhan ke atas premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (Kilang Kelapa Sawit Mentah dan Kilang Getah Asli Mentah).