PROTOKOL MONTREAL
Protokol Montreal Mengenai Bahan Kawalan Pemusnah Ozon telah ditandatangani pada 16 September 1987 ialah Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala yang mengawal pengeluaran dan penggunaan 100 bahan kimia buatan manusia yang dikenal pasti sebagai Bahan Pemusnah Ozon/ Ozone-Depleting Substances (ODS).
Malaysia telah meratifikasi dan menjadi Parti kepada Protokol Montreal Mengenai Bahan Pemusnah Ozon pada 29 Ogos 1989. Bagi Pindaan Copenhagen kepada Protokol Montreal (1992), negara telah bersetuju dengan perjanjian itu pada 5 Ogos 1993. Manakala bagi Pindaan London kepada Protokol Montreal mengenai Bahan Pemusnah Ozon (1990), negara telah bersetuju protokol tersebut pada 16 September 1993.
Bagi Pindaan Montreal kepada Protokol Montreal (1997), negara telah meratifikasi protokol tersebut pada 26 Oktober 2001. Sementara itu, Malaysia telah meratifikasi Pindaan Beijing terhadap Protokol Montreal (1999) pada 26 Oktober 2001. Manakala, pada 21 Oktober 2020 Malaysia telah meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal. Melalui penglibatan aktif dalam Protokol Montreal, Malaysia turut memenangi pelbagai anugerah berprestij sepanjang tahun 1989-2018.
Senarai Mesyuarat:
-
- The Conference of the Parties (COP) to the Vienna Convention for the Protection of the Ozone Layer
- The Meeting of the Parties (MOP) to the Montreal Protocol on Substances that Deplete the Ozone Layer
- The Open-ended Working Group (OEWG) of the Montreal Protocol
- The Executive Committee of the Multilateral Fund for the Implementation of the Montreal Protocol
- The South Asia (SA), Southeast Asia (SEA) and Pacific Island Countries (PIC) Network of National Ozone Officers Meeting