SAMBUTAN PERASMIAN HARI OZON SEDUNIA

Tema sambutan Hari Ozon Sedunia pada tahun 2023 adalah Montreal Protocol: Fixing The Ozone Layer and Reducing Climate Change. Majlis sambutan Hari Ozon Sedunia 2023 telah diadakan pada 3 Oktober 2024 dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Buku Healing the Ozone Layer – Our Story yang memaparkan kejayaan Malaysia dalam pelaksanaan Protokol Montreal telah dilancarkan dalam majlis ini. Sambutan pada kali ini juga menyaksikan penerimaan sijil penghargaan kepada 8 pengusaha pembuatan busa yang berjaya melaksanakan projek penukaran teknologi di bawah HPMP Peringkat II.

Penyampaian anugerah Europe & Central Asia Montreal Protocol Award for Customs and Enforcement Officers (5th edition) daripada United Nations Environment Programme (UNEP) turut disampaikan oleh YBhg. Dato’ TKSU kepada YBhg. Dato’ KPAS. Penganugerahan ini mengiktiraf komitmen pegawai penguatkuasa JAS dalam menangani perdagangan haram bahan pemusnah ozon antara negara-negara Kesatuan Eropah dan Asia Tengah.

Sambutan pada kali ini berkonsepkan pameran dan forum dalam bentuk kesedaran awam. Sesi forum ini melibatkan panel-panel pakar daripada Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi berkongsi maklumat dan meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan pemulihan lapisan ozon, pengurangan perubahan iklim dan pengurusan tenaga elektrik yang efisien.

Hari Ozon Sedunia yang diraikan pada tahun 2023 bukan hanya dilaksanakan di peringkat kebangsaan, pejabat-pejabat JAS Negeri turut sama menjayakan pelbagai program kesedaran perlindungan lapisan ozon antaranya seperti Envirohunt, Fun Run for Our Ozone 2023,  dan Ozone Race, sesi Seminar Penipisan Lapisan Ozon, Pertandingan video pendek, kuiz lindungi lapisan ozon, program tanaman pokok serta pameran alam sekitar dilaksanakan bersama agensi-agensi seperti Institut Pengajian Tinggi Awam, pertubuhan bukan Kerajaan dan pihak swasta.