PERUTUSAN KETUA PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Jabatan ini bertanggungjawab memastikan pembangunan lestari dalam proses kemajuan Negara dan alam sekitar sentiasa bersih, sihat dan selamat untuk kesejahteraan rakyat. JAS juga berperanan sebagai penyebar maklumat, kemahiran dan idea-idea bernas bagi pembangunan minda masyarakat ke arah penghayatan persekitaran alam semulajadi secara berterusan. Ini termasuklah menggalakkan konsep pematuhan kendiri oleh pihak industri serta orang awam.

Pendekatan dan strategi pengurusan alam sekitar senantiasa diubahsuai dan ditambahbaik seiring dengan perkembangan pesat dalam aspek teknologi, perundangan, ICT serta isu alam sekitar semasa sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Laman web ini mengandungi pelbagai maklumat, aplikasi serta pautan berkaitan alam sekitar yang boleh dicapai, dirujuk dan digunapakai oleh semua.

Saya amat berharap agar laman web ini dapat memberikan manafaat kepada anda semua. Pihak kami senantiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini.

Selamat melayari laman web JAS.

“Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”

Ketua Pengarah
Jabatan Alam Sekitar
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.