Jabatan Alam Sekitar > Data Terbuka Kerajaan
Data terbuka kerajaan bermaksud:
- Data yang dihasilkan atau yang dikeluarkan oleh kerajaan atau entiti yang dikawal kerajaan
- Data yang terbuka seperti yang ditakrifkan dalam Definisi Terbuka – iaitu ia boleh digunakan secara bebas, diguna semula dan disebarkan oleh pelbagai pihak.
Mengapa data kerajaan harus terbuka ? Terdapat tiga sebab utama:
- Ketelusan. masyarakat perlu tahu apa yang kerajaan sedang lakukan. Mereka mesti bebas untuk mengakses data dan maklumat kerajaan serta berkongsi maklumat dengan lain-lain pihak. Ketelusan bukan sahaja mengenai akses data, ia juga melibatkan perkongsian dan penggunaan semula data.
- Menghasilkan nilai sosial dan komersil. Dalam era digital, data adalah sumber utama bagi aktiviti sosial dan komersil. Dengan data terbuka, kerajaan dapat membantu industri-industri memacu penciptaan perniagaan dan perkhidmatan yang memberikan nilai sosial dan komersil.
- Penyertaan Kerajaan. Kebanyakan rakyat hanya mampu melibatkan diri dengan kerjaaan sekali-sekala, atau mungkin hanya ketika pilihan raya. Dengan data terbuka, rakyat mudah untuk berurusan secara langsung, memudahkan membuat keputusan serta dapat menyumbang kembali kepada kerajaan
Rujukan :
- Muat turun Garis Panduan Set Data
TermaPenggunaan - Laman web www.data.gov.my
Koleksi Set Data JAS :
Sekiranya Dataset yang Diperlukan Tidak Dijumpai ? :