PUSAT DATA ALAM SEKITAR

Pusat Data Alam Sekitar

Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar atau EQMP merupakan program yang merangkumi pengumpulan data bagi pemantauan kualiti udara, kualiti air sungai dan kualiti air marin di seluruh Malaysia bagi tujuan melaporkan tahap sebenar kualiti alam sekitar negara dalam usaha untuk memantau, mencegah dan mengawal pencemaran. Sistem pengawasan EQMP akan berperanan sebagai mekanisma amaran awal bagi kejadian pencemaran alam sekitar seperti jerebu, tumpahan minyak, bencana industri dan pelupusan haram buangan serta toksik berbahaya. Di bawah Program EQMP, terdapat Pusat Data Alam Sekitar yang akan memaparkan data-data alam sekitar yang dicerap melalui stesen-stesen pengawasan kualiti alam sekitar yang diselaraskan oleh JAS.

Muat Turun: Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP)