SOALAN LAZIM

Jawapan:

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada awalnya diwujudkan sebagai  Bahagian Alam Sekitar di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar pada 15 April 1975. Bahagian Alam Sekitar kemudiannya ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar  pada Mac 1976. Berdasarkan kepada kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, tanggal 1 September 1983, Bahagian Alam Sekitar telah dinaikkan taraf ke sebuah Jabatan sepenuhnya dan dikenali  sebagai Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pada Mac 2004 JAS dipindahkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Penubuhan Jabatan ini adalah berasaskan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang diwartakan pada Mac 1974 dan dikuatkuasakan pada 15 April 1975.

Jawapan:

Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.  JAS juga bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam sekitar peringkat antarabangsa seperti Vienna Convention for the protection of the Ozone Layer1985, Protocol Montreal on Substances that Deplete the Ozone Layer 1987Basel Convention on the Transboundary Movement of Hazardous Waste and their Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan Negara-negara ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar. Perkhidmatan teras Jabatan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri dan Cawangan. Rujuk perkhidmatan teras JAS untuk maklumat lanjut.

Jawapan:

Pemuliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat.

Jawapan:

Memastikan pembangunan lestari di dalam proses memajukan negara.

Jawapan:

Terdapat 10 Bahagian/Unit di bawah JAS Ibu Pejabat iaitu:
(Sila klik pada nama Bahagian untuk maklumat lanjut)

Jawapan:

Aduan mengenai pencemaran alam sekitar boleh dibuat secara bertulis, panggilan telefon atau datang ke Pejabat-Pejabat JAS Negeri berkenaan.
Untuk makluman, Bilik Operasi Ibu Pejabat JAS, Putrajaya beroperasi 24 jam.

Jabatan Alam Sekitar
Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Talian Aduan: 03-8889 1972 | Hotline: 1-800-88-2727

Telefon: 03-8871 2000 / 2200 | Faks: 03-8889 1973/75