SOALAN LAZIM (EIA)

Jawapan:

Penyediaan Laporan EIA diperlukan sekiranya cadangan projek disenaraikan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 2015.

 Walaubagaimanapun, Sabah dan Sarawak telah melaksanakan undang-undang alam sekitar di peringkat negeri yang menempatkan beberapa aktiviti tertakluk kepada penyediaan laporan EIA di bawah bidang kuasa negeri. Senarai aktiviti yang tertakluk kepada EIA di Sabah dan Sarawak dinyatakan dalam Environmental Protection (Prescribed Activity) (Environmental Impact Assessment) Order 2005 dan The Natural Resources and Environment (Prescribed Activities) Order 1994.

Jawapan:

Jika projek yang dicadangkan melibatkan dua atau lebih negeri, laporan EIA akan diproses di Ibu Pejabat JAS.

Jawapan:

Laporan EIA dan EMP mesti disediakan oleh Jururunding EIA yang berdaftar dengan JAS melalui sistem Malaysian Certified Environmental Practitioner (myCEP). Senarai Perunding EIA yang berdaftar beserta maklumat hubungan mereka diselenggara oleh JAS (https://mycep.doe.gov.my).

Jawapan:

Penggerak projek mesti memastikan konsep projek yang dicadangkan tidak bercanggah dengan mana-mana rancangan pemajuan, serta dasar nasional dan negeri. Penggerak projek perlu merujuk kepada Rancangan Fizikal Negara, Pelan Struktur, Rancangan Tempatan, dan dasar-dasar lain yang relevan untuk memastikan projek tersebut selaras dengan dasar dan polisi terkini .

Jawapan:

Tidak. Menurut Seksyen 34A(3),  Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, JAS hanya meluluskan laporan EIA. Kelulusan projek diberikan oleh pihak berkuasa kelulusan seperti Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Jabatan Alam Sekitar
Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Talian Aduan: 03-8889 1972 | Hotline: 1-800-88-2727

Telefon: 03-8871 2000 / 2200 | Faks: 03-8889 1973/75